Pergi dan menegalilingi Sentosa
Peta Rujukan
Video
Hubungi Kami
Sentosa DIY - Remaja

Sekitaran Sentosa yang penuh tenaga dan aksi membuat ramai anak-anak muda mahu kembali beriadah di sini. Debaran ketika menonton tayangan filem animasi berbentuk 4D dan pesta-pesta di tepi pantai yang berlangsung dari saat matahari terbenam hingga terbitnya waktu subuh, pasti akan membuat teman-teman anda tersenyum riang dengan aktiviti-aktiviti yang anda rancangkan untuk dilakukan sepanjang hari!

» Imbiah Lookout

Sentosa Luge & SkyrideImbiah Lookout adalah kelompokan daya tarikan terbesar di Singapura dengan gabungan 8 jenis tempat daya tarikan yang baru dan pasti menarik perhatian para pelawat dari pelbagai usia. Tentunya anda tidak ingin terlepas dari mengalami kesemua ini terutama sekali jika ini adalah kali pertama anda ke Sentosa. Dengan pelbagai tempat makan untuk anda pilih untuk hidangan makanan tempatan mahupun makanan ala barat, anda pasti sukar untuk membuat pilihan!

Jangan lupa untuk mengunjung beberapa tarikan kami yang beroperasi hingga lewat malam. Tentu sekali anda dapat melihat dan menilai Sentosa dari sudut yang berbeza.

Mesti Dikunjungi

  • Images of Singapore
  • Sentosa 4D Magix
  • Sentosa CineBlast
  • Sentosa Luge & Skyride
  • Tiger Sky Tower

» Tarikan Tarikan Lain Sekitar Sentosa

Songs of the Sea Naiki Sentosa Express atau salah satu daripada bas Sentosa kami dan lihat tarikan-tarikan menarik kami, seperti Songs of the Sea , satu-satunya jenis hiburan yang tidak harus dilepaskan.

Mesti Dikunjungi

  • Songs of the Sea
  • The Flying Trapeze
  • Underwater World

» Pantai

Cafe Del MarPantai yang paling "hip" dan "happening" di Singapura ini telah menjadi tuan rumah untuk para penggemar sukan bola tampar di tepi pantai. Sertai pelbagai kegiatan-kegiatan lasak seperti kanu, bermain papan lungsur ombak, bermain basikal gunung ataupun bermain sepatu roda. Anda juga sudah pasti tidak akan terlepas untuk bersinggah ke Café del Mar yang tercergam indah di pertengahan Siloso Beach. Hayati pemandangan yang indah sewaktu jam petang sedang matahari terbenam dan nikmati minuman jenis "cocktail" serta sajian makanan yang enak sambil diiringi oleh muzik yang mengasyikkan.

Pantai-pantai Sentosa

  • Café del Mar
  • Cool Deck
  • Coastes

» Hotels dan Spa

Siloso Beach Resort Anda merancang untuk menghabiskan lebih daripada sehari di pulau peranginan ini? Di sini terdapat pelbagai tempat penginapan yang akan memenuhi segala keperluan dan keinginan anda, bermula dari rumah peranginan hingga ke pusat peranginan mewah bertaraf 5 bintang.

Hotel dan Spas

  • Costa Sands Resort Sentosa
  • Rasa Sentosa Resort
  • Siloso Beach Resort
  • Treasure Resort

» Acara Acara Menarik

Jazz by the Beach Anda pasti tidak mahu terlepas peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik serta melihat beraneka jenis panca-ragam pengunjung-pengunjung di Sentosa!

Acara-Acara Yang Mesti Dikunjungi

  • Jazz by the Beach
  • Siloso Beach Party