» Songs of the Sea

![]() |
S$8.00 / seorang |
![]() |
7.40mlm dan 8.40mlm |
Satu ekstravaganza pelbagai deria iaitu, pertunjukan air yang bertaraf dunia serta bernilai jutaan dolar ini penuh dengan kesan-kesan dramatik, pancutan air, laser, geseran api dan muzik yang rancak. Temui Oscar dan teman-temannya apabila mereka mengharungi cabaran-cabaran dalam pemgembaraan mereka!
» The Flying Trapeze

![]() |
S$10.00 bagi setiap ayunan, S$20.00 untuk 3 ayunan |
![]() |
4ptg - 6ptg (Selasa - Juma’at), 4ptg - 7mlm (Sabtu, Ahad & Hari Cuti Umum) |
Merupakan bentuk sukan dan rekreasi yang baik dan boleh membantu perkembangan minda serta pergerakkan tubuh seseorang itu dan mampu membantu untuk mengatasi perasaan gerun seseorang yang trauma dengan ketinggian.
* Wanita-wanita hamil dan para individu yang mempunyai masalah kesihatan tidak digalakkan untuk ikut serta.
Usia minimal: 4 tahun
Bilangan orang paling minimal yang diperlukan untuk menaiki trapeze: 3
» Underwater World

![]() |
S$22.90 / Untuk orang dewasa, S$14.60 / Untuk kanak-kanak (Termasuk tiket untuk ke Dolphin Lagoon) |
![]() |
9pg - 9mlm setiap hari (waktu masuk berakhir pada jam 8.30mlm) |
Teroka ke dasar lautan dengan menaiki 'travellator' yang akan membawa anda melalui terowong sepanjang 83 meter yang diperbuat daripada bahan akrilik. Program-program berunsur interaktif seperti "Menyelam bersama Ikan-ikan Yu" atau "Menyelam bersama Dugong" boleh didapati hanya dengan tempahan awal.







