» Costa Sands Resort Sentosa

Terdiri daripada rumah-rumah peranginan yang berhawa dingin lengkap dengan kolam renang, alat barbeku, kafe, bilik majlis, dan mesin permainan video.
![]() |
www.costasands.com.sg |
» Rasa Sentosa Resort

Pusat peranginan bertaraf lima bintang ini mempunyai 459 buah bilik dan bilik "suite" yang menawarkan pemandangan panoramik dari sudut-sudut berbeza dan kemudahan masuk ke pelbagai aktiviti sukan air di pusat sukan air laut.
![]() |
www.shangri-la.com |
» Siloso Beach Resort

Pusat peranginan yang terbaru ini menawarkan 172 buah bilik, 10 buah bilik "suite" untuk keluarga, sebuah rumah pokok dan 12 buah Villa yang terletak berhadapan dengan laut. Kemudahan-kemudahan di sini termasuk tempat pancutan air yang besar, yang menggunakan air terjun ciptaan semula-jadi, restoran-restoran, kafeteria, pelbagai kemudahan persidangan, spa dan kemudahan untuk melungsuri internet.
![]() |
www.silosobeachresort.com |
» Treasure Resort

Ditempatkan di bangunan asal zaman perang dahulu, bangunan yang terletak bersebelahan dengan The Merlion ini menyediakan 64 buah bilik, lengkap dengan veranda yang menawarkan pelbagai pemandangan indah seperti pemandangan lautan biru, taman menghijau atau pemandangan Merlion dari pelbagai sudut yang berbeza.
![]() |
www.treasure-resort.com |





