




Melalui MRT:
Naiki keretapi laluan Utara-TImur and turun di Harbourfront MRT Station. Dari situ, anda boleh memilih untuk menaiki Keretapi Sentosa Express dari pusat membeli-belah Vivocity, di tingkat tiga ataupun mengikut papan arah ke Pusat Pertukaran Bas Harbourfront. Di sini, anda akan menaiki bas Sentosa untuk sampai ke destinasi. Harga tiket keretapi tertakhluk kepada destinasi.
Melalui Keretapi Sentosa Express:
Keretapi Ekspres Sentosa ini menyambungkan Harbourfront, Vivocity dan St. James Power Station ke pulau Sentosa dalam masa kurang daripada empat minit.
Waktu Operasi:
Perkihdmatan Keretapi Pertama - 7pg
Perkihdmatan Keretapi Terakhir - 12mlm
Melalui Sentosa Bus:
Sentosa Bus yang berwarna oren ini akan berulang-alik dari pulau Sentosa ke Pusat Pertukaran Bas Harbourfront setelah mengambil para pengunjung dari pusat pertukaran bas tersebut.
Waktu Operasi:
7pg - 12mlm (Ahad - Khamis & Hari Cuti Umum)
7pg - 12.30pg (Jumaat, Sabtu dan Sehari Sebelum Hari Cuti Umum)
Perkhidmatan bas terakhir bertolak dari Sentosa:
12mlm (Ahad - Khamis & Hari Cuti Umum)
12.30pg (Jumaat, Sabtu dan Sehari Sebelum Hari Cuti Umum)
Harga tiket:
S$3 seorang (Bagi Orang Dewasa dan Kanak-Kanak berusia 3 tahun ke atas) Bayaran harus dibuat di kaunter tiket yang terdapat di Pusat Pertukaran Harbourfront Bus.
Melalui Kereta:
Para pemilik kereta akan dikenakan bayaran S$2 bagi setiap kenderaan yang masuk, dan para penumpangnya pula harus membayar S$2 setiap seorang. Di sini juga terdapat banyak lot meletak kereta di tempat-tempat khas di pulau ini.
Dari Lapangan Terbang Changi
S$13.90/ Bagi Orang Dewasa, S$8.50/ Bagi Kanak-Kanak untuk perjalanan satu arah dari HarbourFront Tower 2
S$14.90 / Bagi Orang Dewasa & S$9.50 / Bagi Kanak-Kanak untuk perjalanan ulang-alik (Kanak-Kanak berusia 3 - 12 tahun)
S$20.00/ Bagi Orang Dewasa, S$13.00 Bagi Kanak Kanak.
Dari Pusat Imigrasi Woodlands
Jika anda tiba di Singapura dari Johor Bahru melalui Pusat Imigrasi Woodlands, carilah papan tanda BKE dan tuju ke lebuh raya PIE (menghala ke Jurong). Kemudian, ikut arah keluar ke Jalan Clementi- dan teruskan perjalanan anda. Ketika anda lalu Kampus Sekolah Universiti Nasional, masuk ke Jalan West Coast lalu tuju ke arah bandar. Dari situ, ikut papan yang mengarah ke Sentosa.
Dari Pusat Imigrasi Tuas
Apabila anda keluar dari Pusat Imigrasi Tuas, atau juga dikenali sebagai Laluan Kedua, cari papan tanda AYE. Ketika berada di lebuh raya AYE (atau Ayer Rajah Expressway), ia akan mengambil masa selama 15 hingga 20 minit untuk sampai di Telok Blangah. Dari situ, anda akan melihat papan tanda yang menunjukkan arah ke Sentosa.
Melalui Teksi:
Selain dari membayar tambang perjalanan anda, kesemua penumpang kenderaan tersebut harus membayar tiket masuk ke Sentosa sebanyak S$2 seorang.
Melalui Cable Car:
S$13.90/ Bagi Orang Dewasa, S$8.50/ Bagi Kanak-Kanak untuk perjalanan satu arah dari HarbourFront Tower 2
S$14.90 / Bagi Orang Dewasa & S$9.50 / Bagi Kanak-Kanak untuk perjalanan ulang-alik (Kanak-Kanak berusia 3 - 12 tahun)
S$20.00/ Bagi Orang Dewasa, S$13.00 Bagi Kanak Kanak.
Waktu operasi:
8.30pg - 11 mlm
Melalui Khidmat Bas Sentosa SIA Hop-on:
Tiba di Sentosa dengan gaya tersendiri! Naiki bas Khidmat Sentosa SIA Hop-On yang berhawa dingin dari Clarke Quay. Jadual bas yang beroperasi setiap jam ini akan berkhidmat dari Clarke Quay ke pulau peranginan Sentosa dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari. Perkhidmatan terakhir dari pulau peranginan ini ke Clarke Quay tamat pada pukul 9.45 malam.
Klik di sini untuk meninjau pakej-pakej dari Bas Sentosa SIA Hop-On. Lihat Jadual Bas.
Dengan berjalan:
Sila diambil tahu bahawa sebahagian daripada laluan kecil ini akan ditutup hingga notis lanjut untuk memberi laluan pada kerja-kerja pembangunan. Kami memohon maaf atas segala kesulitan berpunca dari penutupan tersebut.
Untuk ke Sentosa, naiki Keretapi Ekspress Sentosa yang terletak di Tingkat 3, Vivocity
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi 1800-SENTOSA (736-8672).
Jualan tiket: S$3 seorang (Bagi Orang Dewasa / Kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas)
Sentosa pass juga boleh didapatkan pada harga S$3 seorang (Bagi Orang Dewasa dan Kanak-Kanak berusia 3 tahun ke atas) untuk kunjungan satu hari di lokasi-lokasi berikut:
- Kesemua stesen Keretapi Sentosa Express
- Kesemua kaunter penjualan tiket Cable Car di Mt Faber dan Harbourfront Tower II
- Mesin jual tiket di kesemua stesen Keretapi Sentosa Express
Bayaran boleh dilunaskan melalui wang tunai, NETS dank ad-kad kredit (VISA, MasterCard, AMEX dan JCB)
- Sentosa Station (Vivocity, Tingkat 3)
- Tempat Perhentian Pengunjung
- Pondok Masuk Kereta
Waktu Operasi:
7pg - 12 tgh mlm setiap hari




