Pergi dan menegalilingi Sentosa
Peta Rujukan
Video
Hubungi Kami
Sentosa DIY - First Timers

 

Bolehkah kami menikmati diskaun special di kaunter bagi harga tiket masuk ke Sentosa seandainya kami bersama sekumpulan yang besar?

Oleh kerana harga tiket masuk telah diturunkan ke $3.00 seorang, tiada diskaun berlebihan akan dilberikan lagi bagi setiap pembelian yang banyak.


 

Adakah bilik-bilik khas bayi di Sentosa?

Ya, terdapat sebuah bilik khas bayi di Beach Station.


 

Adakah kemudahan-kemudahan untuk membersihkan badan di pantai?

Ya, di sini terdapat pelbagai kemudahan-kemudahan untuk membersihkan badan dan juga tandas-tandas di sekitaran pantai Siloso, Palawan dan juga Tanjong.


 

Di manakah terdapat peti khas atau “locker” di Sentosa?

Peti khas atau “locker” boleh terdapat di bilik air, di Pantai Siloso dan Pantai
Palawan.


 

Di mana boleh saya menaiki feri untuk ke Pulau Kusu atau St John’s?

Oleh kerana perkhidmatan perlabuhan feri di Sentosa telah ditamatkan, kesemua feri ke Pulau Kusu dan St John’s telah dialihkan dan kini bertolak dari Pusal Perlabuhan Marina South. Sila lungsuri lelaman kaitan Southern Islands kami di
http://www.sentosa.com.sg/explore_sentosa/nature/southern_islands.html


 

Bagaimanakah boleh saya mendapatkan maklumat lanjut mengenai santapan sambil menaiki kereta kabel?

Mount Faber Leisure Group menyediakan perkhidmatan sajian makan yang dipanggil Sky Dining. Anda boleh lungsuri lelaman korporat mereka di http://www.mountfaber.com.sg/main-skydining.htm untuk maklumat seterusnya.


 

Masihkah terdapat Rumah Peranginan Sentosa & Pusat Perkhemahan Laguna di Sentosa?

Rumah Peranginan Sentosa & Pusat Perkhemahan Laguna telah ditutup untuk memberi laluan pada projek-projek pembangunan yang lain dan kini tidak beroperasi lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang pusat-pusat peranginan dan hotel-hotel yang lain.


 

Apakah binatang peliharaan dibenarkan di pulau ini?

Untuk keselesaan setiap pengunjung, tali leher harus diletakkan pada setiap binatang peliharaan dan pastikan bahawa mereka dikawal dengan betul. Binatang-binatang peliharaan boleh dibawah masuk ke pulau ini hanya dengan menyemberang jambatan Causeway kerana mereka tidak akam dibenarkan naik ke dalam bus, keretapi ataupun kereta kabel. Kami harap para pengunjung dapat membantu kami untuk membersihkan kotoran-kotoran yang disebabkan dari binatang-binatang peliharaan anda jika ada.


 

Apakah kemudahan pengangkutan yang terdapat untuk kegunaan orang-orang yang kurang sempurna?

Hubungi kami melalui e-mel atau talian bantuan kami di 1800 – SENTOSA (736 8672) sebelum hari ketibaan anda jika anda memerlukan bantuan. Pusat Ketibaan Pengunjung ada menyediakan khidmat kerusi roda dari jam 9pg – 9.30mlm. Bagaimanapun, anda juga boleh menghampiri meja-meja kaunter kami untuk bantuan lebih lanjut. Harbourfront Centre dan pantai-pantai di Sentosa juga dilengkapi dengan tandas-tandas khas untuk kegunaan pengunjung yang kurang sempurna.


 

Bantuan kecemasan sekitar pulau

Hubungi talian 6279 1155 untuk stesen pengawai keselamatan kami yang dibuka 24-jam. Walaubagaimana pun, anda juga boleh memilih untuk menaiki bas servis biru, kuning atau merah untuk langsung ke stesen kami untuk rawatan kecemasan dan juga untuk membuat laporan benda-benda yang hilang.


 

Lokasi mesin wang automasi

(a) Beach Station
Kad kredit luar negara (Standard Chartered Bank, HSBC, Maybank, Citibank) mahupun yang lain seperti Visa, Visa Electron, MasterCard, Maestro, Cirrus, PLUS, ABN AMRO) boleh diterima di mesin wang automasi di sini.

(b) Sentosa Cable Car Arrival Plaza
Kad kredit luar negara (Standard Chartered Bank, HSBC, Maybank, Citibank) mahupun yang lain seperti Visa, Visa Electron, MasterCard, Maestro, Cirrus, PLUS, ABN AMRO) boleh diterima di mesin wang automasi di sini.


 

Bolehkah kami bermalam di pulau ini?

Anda boleh memilih untuk bermalam di hotel-hotel dan pusat peranginan yang tersedia ada di pulau ini.


 

Bolehkah saya menaiki basikal masuk ke pulau ini? Bolehkah saya bermain sepatu-roda di pulau ini?

Anda boleh berbasikal untuk masuk ke pulau ini. Hanya basikal yang bersaiz kecil ataupun yang boleh dilipat, dibenarkan bawa masuk ke dalam bas Sentosa. Bagaimanapun, terdapat juga kedai menyewa basikal dan sepatu-roda di Pantai Palawan dan Pantai Siloso. Hubungi mereka di talian 6272 8676, waktu operasi: 10pg – 7mlm.