Pergi dan menegalilingi Sentosa
Peta Rujukan
Video
Hubungi Kami
Sentosa DIY - Warga Emas

Bagi mereka yang mahukan percutian yang lebih relaks, Sentosa juga menawarkan aktiviti-aktiviti untuk para pengunjung teruma sekali warga emas, yang berjiwa muda! Anda boleh memilih sama ada mahu bersiar-siar di sekitaran Sentosa dan nikmati kehijauan alam semula jadi ataupun memanjat ke puncak tinggi untuk menghayati pemandangan panoramik di sekeliling Sentosa; ksemua ini bakal membuat pengalaman anda di Sentosa lebih unik dan berbeza.

» Imbiah Lookout

Sky TowerImbiah Lookout adalah kelompokan daya tarikan terbesar di Singapura dengan gabungan 8 jenis tempat daya tarikan yang baru dan pasti menarik perhatian para pelawat dari pelbagai usia. Tentunya anda tidak ingin terlepas dari mengalami kesemua ini terutama sekali jika ini adalah kali pertama anda ke Sentosa. Dengan pelbagai tempat makan untuk anda pilih untuk hidangan makanan tempatan mahupun makanan ala barat, anda pasti sukar untuk membuat pilihan!

Jangan lupa untuk mengunjung beberapa tarikan kami yang beroperasi hingga lewat malam. Tentu sekali anda dapat melihat dan menilai Sentosa dari sudut yang berbeza.

Mesti Dikunjungi

  • Butterfly Park & Insect Kingdom
  • Cable Car
  • Images of Singapore
  • Tiger Sky Tower
  • The Merlion

» Tarikan Tarikan Lain Sekitar Sentosa

Fort Siloso ToursNaiki Sentosa Express atau salah satu daripada bas Sentosa kami dan lihat tarikan-tarikan menarik kami, seperti Songs of the Sea, satu-satunya jenis hiburan yang tidak harus dilepaskan.

Mesti Dikunjungi

  • Songs of the Sea
  • Fort Siloso Tours
  • Underwater World

» Pantai

Tanjong BeachTanjong Beach menjadi pantai kegemaran bagi mereka yang inginkan suasana yang tenang dan jauh dari keriuhan bandaraya. Malah, suasanan romantis di pantai ini akan lebih terserlah dengan kelipan cahaya dari kapal berhampiran yang bertolak dari pusat pelabuhan berdekatan.

» Hotels dan Spa

Amara SanctuaryAnda merancang untuk menghabiskan lebih daripada sehari di pulau peranginan ini? Di sini terdapat pelbagai tempat penginapan yang akan memenuhi segala keperluan dan keinginan anda, bermula dari rumah peranginan hingga ke pusat peranginan mewah bertaraf 5 bintang.

Hotel dan Spa

  • Amara Sanctuary Resort Sentosa
  • Rasa Sentosa Resort
  • The Sentosa Resort & Spa
  • Spa Botanica

» Acara Acara Menarik

Jazz by the Beach Anda pasti tidak mahu terlepas peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik serta melihat beraneka jenis panca-ragam pengunjung-pengunjung di Sentosa!

Acara-Acara Yang Mesti Dikunjungi

  • Jazz by the Beach
  • Sentosa Flowers