» Songs of the Sea

![]() |
S$8.00 / seorang |
![]() |
7.40mlm dan 8.40mlm |
Satu ekstravaganza pelbagai deria iaitu, pertunjukan air yang bertaraf dunia serta bernilai jutaan dolar ini penuh dengan kesan-kesan dramatik, pancutan air, laser, geseran api dan muzik yang rancak. Temui Oscar dan teman-temannya apabila mereka mengharungi cabaran-cabaran dalam pemgembaraan mereka!
» Fort Siloso Tours

![]() |
S$8.00 / Untuk orang dewasa, S$5.00 / Untuk kanak-kanak |
![]() |
10pg - 6ptg (waktu masuk berakhir pada jam 5.30ptg) |
Satu-satunya kubu Singapura yang dikekalkan dan terletak di tepi pantai ini mempunyai koleksi senjata yang terbesar, dikumpulkan semenjak Perang Dunia Yang Ke-II. Saiz replika-replika senjata ini berukuran seperti yang aslinya dan juga mempamerkan bahan-bahan berbentuk interaktif.
» Underwater World

![]() |
S$22.90 / Untuk orang dewasa, S$14.60 / Untuk kanak-kanak (Termasuk tiket untuk ke Dolphin Lagoon) |
![]() |
9pg – 9mlm setiap hari (waktu masuk berakhir pada jam 8.30mlm) |
Teroka ke dasar lautan dengan menaiki 'travellator' yang akan membawa anda melalui terowong sepanjang 83 meter yang diperbuat daripada bahan akrilik. Program-program berunsur interaktif seperti "Menyelam bersama Ikan-ikan Yu" atau "Menyelam bersama Dugong" boleh didapati hanya dengan tempahan awal.







