Pergi dan menegalilingi Sentosa
Peta Rujukan
Video
Hubungi Kami
Sentosa DIY - Warga Emas

» Amara Sanctuary Resort Sentosa

Hotel bertaraf lima bintang yang tersergam indah di atas bukit-bukau ini mempunyai 121 buah bilik tamu, bilik “suite” dan villa yang direka indah untuk para tetamu rasa teramat selesa pada tahap kemewahan hidup yang luarbiasa serta kemudahan-kemudahan yang canggih dan terkini.

Website www.amarasanctuary.com

» Rasa Sentosa Resort

Pusat peranginan bertaraf lima bintang ini mempunyai 459 buah bilik dan bilik “suite” yang menawarkan pemandangan panoramik dari sudut-sudut berbeza dan kemudahan masuk ke pelbagai aktiviti sukan air di pusat sukan air laut.

Website www.shangri-la.com

» The Sentosa Resort & Spa

Hotel dan pusat peranginan bertaraf lima bintang ini menempatkan Spa Botanica, yang telah memenangi anugerah atas pencapaiannya sebagai spa yang berkualiti. Ia turut mempunyai 214 bilik “suite” yang lapang dan Villa yang dilengkapi dengan kolam renang serta teres mewah.

Website www.thesentosa.com

» Spa Botanica

Spa berkonsep taman tropika, yang pertama di Singapura. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini, kolam renang berlumpur, kolam renang terapung dan mandian berwap Galaxy, ia turut menyatukan kemudahan moden yang ada untuk dipadankan dengan unsur-unsur rawatan kecantikan tradisional serta amalan-amalan kesihatan yang disediakan.

Lokasi: The Sentosa Resort and Spa