Pergi dan menegalilingi Sentosa
Peta Rujukan
Video
Hubungi Kami
Sentosa DIY - Pengungjun Kali Pertama

» Amara Sanctuary Resort Sentosa

Hotel bertaraf lima bintang yang tersergam indah di atas bukit-bukau ini mempunyai 121 buah bilik tamu, bilik "suite" dan villa yang direka indah untuk para tetamu rasa teramat selesa pada tahap kemewahan hidup yang luarbiasa serta kemudahan-kemudahan yang canggih dan terkini.

Website www.amarasanctuary.com

» Costa Sands Resort Sentosa

Terdiri daripada rumah-rumah peranginan yang berhawa dingin lengkap dengan kolam renang, alat barbeku, kafe, bilik majlis, dan mesin permainan video.

Website www.costasands.com.sg

» Rasa Sentosa Resort

Pusat peranginan bertaraf lima bintang ini mempunyai 459 buah bilik dan bilik "suite" yang menawarkan pemandangan panoramik dari sudut-sudut berbeza dan kemudahan masuk ke pelbagai aktiviti sukan air di pusat sukan air laut.

Website www.shangri-la.com

» Siloso Beach Resort

Pusat peranginan yang terbaru ini menawarkan 172 buah bilik, 10 buah bilik "suite" untuk keluarga, sebuah rumah pokok dan 12 buah Villa yang terletak berhadapan dengan laut. Kemudahan-kemudahan di sini termasuk tempat pancutan air yang besar, yang menggunakan air terjun ciptaan semula-jadi, restoran-restoran, kafeteria, pelbagai kemudahan persidangan, spa dan kemudahan untuk melungsuri internet.

Website www.silosobeachresort.com

» The Sentosa Resort & Spa

Hotel dan pusat peranginan bertaraf lima bintang ini menempatkan Spa Botanica, yang telah memenangi anugerah atas pencapaiannya sebagai spa yang berkualiti. Ia turut mempunyai 214 bilik "suite" yang lapang dan Villa yang dilengkapi dengan kolam renang serta teres mewah.

Website www.thesentosa.com

» Spa Botanica

Spa berkonsep taman tropika, yang pertama di Singapura. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini, kolam renang berlumpur, kolam renang terapung dan mandian berwap Galaxy, ia turut menyatukan kemudahan moden yang ada untuk dipadankan dengan unsur-unsur rawatan kecantikan tradisional serta amalan-amalan kesihatan yang disediakan.

Lokasi: The Sentosa Resort and Spa

» Treasure Resort

Ditempatkan di bangunan asal zaman perang dahulu, bangunan yang terletak bersebelahan dengan The Merlion ini menyediakan 64 buah bilik, lengkap dengan veranda yang menawarkan pelbagai pemandangan indah seperti pemandangan lautan biru, taman menghijau atau pemandangan Merlion dari pelbagai sudut yang berbeza.

Website www.treasure-resort.com