Pergi dan menegalilingi Sentosa
Peta Rujukan
Video
Hubungi Kami
Sentosa DIY - Pengungjun Kali Pertama

Para pengunjung yang melawat Sentosa buat pertama kalinya akan mendapati bahawa di sini mempunyai banyak tempat untuk dikunjungi dan pelbagai aktiviti untuk dilakukan. Bermula dari tarikan-tarikan bertema hingga ke pantai yang indah, kesemua ini bakal mencorak langkah pertama untuk datang melawat ke pelbagai tarikan yang harus dikunjungi di sini dan juga membuat catatan untuk lawatan anda pada masa hadapan!

» Imbiah Lookout

Cable CarImbiah Lookout adalah kelompokan daya tarikan terbesar di Singapura dengan gabungan 8 jenis tempat daya tarikan yang baru dan pasti menarik perhatian para pelawat dari pelbagai usia. Tentunya anda tidak ingin terlepas dari mengalami kesemua ini terutama sekali jika ini adalah kali pertama anda ke Sentosa. Dengan pelbagai tempat makan untuk anda pilih untuk hidangan makanan tempatan mahupun makanan ala barat, anda pasti sukar untuk membuat pilihan!

Jangan lupa untuk mengunjung beberapa tarikan kami yang beroperasi hingga lewat malam. Tentu sekali anda dapat melihat dan menilai Sentosa dari sudut yang berbeza.

Mesti Dikunjungi
  • Butterfly Park & Insect Kingdom
  • Cable Car
  • Images of Singapore
  • Sentosa 4D Magix
  • Sentosa CineBlast
  • Sentosa Luge & Skyride
  • Tiger Sky Tower
  • The Merlion

» Tarikan Tarikan Lain Sekitar Sentosa

Songs of the SeaNaiki Sentosa Express atau salah satu daripada bas Sentosa kami dan lihat tarikan-tarikan menarik kami, seperti Songs of the Sea , satu-satunya jenis hiburan yang tidak harus dilepaskan.

Mesti Dikunjungi

  • Songs of the Sea
  • Fort Siloso Tours
  • Dolphin Lagoon
  • The Flying Trapeze
  • Underwater World

» Pantai

Siloso BeachPersisiran pantai Sentosa yang indah menempatkan tiga pantai yang paling terkenal di Singapura, iaitu Siloso Beach yang penuh aksi dan tenaga, Palawan Beach yang direka khas untuk kaum keluarga bersuka-ria dan terakhir sekali, pantai romantis dan kaya dengan keindahan alam semula-jadi, iaitu Tanjong Beach. Tentunya, anda tidak mahu terlepas dari menikmati beraneka jenis juadah dan peluang untuk mengunjung ke kedai-kedai dan tempat penginapan serta kemudahan-kemudahan yang disediakan di sekitaran pantai Sentosa sepanjang 3.2km ini.

Pantai-pantai Sentosa

  • Siloso Beach
  • Palawan Beach
  • Tanjong Beach

» Hotels dan Spa

The Sentosa Resort & SpaPanda merancang untuk menghabiskan lebih daripada sehari di pulau peranginan ini? Di sini terdapat pelbagai tempat penginapan yang akan memenuhi segala keperluan dan keinginan anda, bermula dari rumah peranginan hingga ke pusat peranginan mewah bertaraf 5 bintang.

Hotel dan Spa

  • Amara Sanctuary Resort Sentosa
  • Costa Sands Resort Sentosa
  • Rasa Sentosa Resort
  • Siloso Beach Resort
  • The Sentosa Resort & Spa
  • Spa Botanica
  • Treasure Resort

» Acara Acara Menarik

Sentosa FlowersAnda pasti tidak mahu terlepas peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik serta melihat beraneka jenis panca-ragam pengunjung-pengunjung di Sentosa!

Acara-Acara Yang Mesti Dikunjungi

  • Sentosa Flowers
  • Jazz by the Beach
  • Siloso Beach Party