» Sentosa Flowers

![]() |
7 - 17 Februari 2008 |
| Imbiah Lookout | |
![]() |
Masuk percuma |
Sentosa Flowers merupakan acara terunggul yang berjaya mendapat penghargaan sebagai acara yang paling menarik dianjurkan oleh tempat-tempat daya tarikan di Asia. Keunikan acara ini terletak kepada penghiasan bunga yang dipamerkan pada sambutan hari perayaan Tahun Baru Cina setiap tahun. Taman - taman di sini akan diwarnai dengan bermacam-macam jenis dan bentuk bunga yang dipamerkan dengan cara yang kreatif, mengikut tema festival pada tahun tersebut.
» Jazz by the Beach

![]() |
Setiap Sabtu, pada bulan April dan September 2008 |
![]() |
6.00ptg - 10.00mlm |
| Cool Deck, Siloso Beach | |
![]() |
Masuk Percuma |
Bersembang sambil nikmati beraneka jenis minuman dan cemil-cemilan yang disediakan di Cool Deck, bar berkonsep terbuka di Siloso Beach. Yang lebih menarik lagi, anda akan terus dihiburkan dengan dendangan muzik berentak "jazz" dan terus dibuai angin malam dalam suasana yang menyenangkan.
» Siloso Beach Party

![]() |
31 Dec 2007 |
| Siloso Beach |
Siloso Beach Party yang terbesar, kembali menggegarkan sambutan malam tahun baru! Siloso Beach Party - Iaitu sambutan tahun baru yang paling hangat dan "groovy" diadakan di Asia! Dengan arena berdansa yang luas, dihebatkan lagi dengan iringan lagu-lagu hits berentak R & B, House dan bermacam-macam lagi, tentu akan terus menghiburkan anda sepanjang malam.







