» Siloso Beach

Pantai yang paling "hip" dan "happening" di Singapura ini adalah tuan rumah untuk para penggemar sukan bola tampar di tepian pantai. Sertai pelbagai kegiatan-kegiatan lasak seperti kanu, permainan melungsur ombak, bermain basikal gunung atau sepatu roda. Anda juga sudah pasti tidak akan terlepas untuk singgah ke Café del Mar yang tercergam indah di pertengahan Siloso Beach. Hayati pemandangan yang indah ketika matahari terbenam sambil menikmati minuman "cocktail" dan makanan yang sedap-sedap belaka sambil diiringi dendanga muzik yang mendayu.
» Palawan Beach

Bawa keluarga anda ke Palawan Beach, pantai yang paling ceria untuk seisi keluarga, dengan kemudahan-kemudahan khas untuk kegunaan kaum keluarga, restoran-restoran yang sedia ada dan tempat-tempat hiburan. Di sini juga terdapat sebatang jambatan tergantung yang akan membawa para pengunjung ke sebuah pulau kecil iaitu, Titik Paling Selatan di Benua Asia.





