Pergi dan menegalilingi Sentosa
Peta Rujukan
Video
Hubungi Kami
Sentosa DIY - Keluarga

» Songs of the Sea

Harga tiket masuk S$8.00 / seorang
Showtime 7.40mlm dan 8.40mlm

Satu ekstravaganza pelbagai deria iaitu, pertunjukan air yang bertaraf dunia serta bernilai jutaan dolar ini penuh dengan kesan-kesan dramatik, pancutan air, laser, geseran api dan muzik yang rancak. Temui Oscar dan teman-temannya apabila mereka mengharungi cabaran-cabaran dalam pemgembaraan mereka!

» Fort Siloso Tours

Harga tiket masuk S$8.00 / Untuk orang dewasa, S$5.00 / Untuk kanak-kanak
Waktu Operasi 10pg - 6ptg (waktu masuk berakhir pada jam 5.30ptg)

Satu-satunya kubu Singapura yang dikekalkan dan terletak di tepi pantai ini mempunyai koleksi senjata yang terbesar, dikumpulkan semenjak Perang Dunia Yang Ke-II. Saiz replika-replika senjata ini berukuran seperti yang aslinya dan juga mempamerkan bahan-bahan berbentuk interaktif.

» Dolphin Lagoon

Harga tiket masuk S$22.90 / Untuk orang dewasa, S$14.60 / Untuk kanak-kanak (Termasuk tiket untuk ke Underwater World)
Waktu Persabahan 11pg*, 1.30tgh, 3.30ptg & 5.30ptg

Anda dapat melihat gelagat ikan lumba-lumba berbonggol berasal dari Indo-Pasifik ini dengan pintarnya menunjukkan keupayaan mereka untuk berjalan serentak menggunakan ekor.

*Sesi latihan pada hari-hari biasa, pertunjukan biasa pada hujung minggu dan cuti umum.

» Underwater World

Harga tiket masuk S$22.90 / Untuk orang dewasa, S$14.60 / Untuk kanak-kanak (Termasuk tiket untuk ke Dolphin Lagoon)
Waktu Operasi 9pg – 9mlm setiap hari (waktu masuk berakhir pada jam 8.30mlm)

Teroka ke dasar lautan dengan menaiki 'travellator' yang akan membawa anda melalui terowong sepanjang 83 meter yang diperbuat daripada bahan akrilik. Program-program berunsur interaktif seperti "Menyelam bersama Ikan-ikan Yu" atau "Menyelam bersama Dugong" boleh didapati hanya dengan tempahan awal.