Pergi dan menegalilingi Sentosa
Peta Rujukan
Video
Hubungi Kami
Sentosa DIY - Keluarga

Percutian anda bersama keluarga tercinta sememangnya pasti tidak akan menimbul apapun kesulitan kerana Sentosa menawarkan pelbagai aktiviti dan kemudahan yang sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Bermula dari debaran pelbagai jenis tunggangan di Imbiah Lookout hingga ke bermacam-macam tempat pilihan untuk menjamu selera di tepian pantai, anda pasti tidak akan terasa bosan dengan kegiatan-kegiatan yang boleh anda sertai!

» Imbiah Lookout

Images of SingaporeImbiah Lookout adalah kelompokan daya tarikan terbesar di Singapura dengan gabungan 8 jenis tempat daya tarikan yang baru dan pasti menarik perhatian para pelawat dari pelbagai usia. Tentunya anda tidak ingin terlepas dari mengalami kesemua ini terutama sekali jika ini adalah kali pertama anda ke Sentosa. Dengan pelbagai tempat makan untuk anda pilih untuk hidangan makanan tempatan mahupun makanan ala barat, anda pasti sukar untuk membuat pilihan!

Jangan lupa untuk mengunjung beberapa tarikan kami yang beroperasi hingga lewat malam. Tentu sekali anda dapat melihat dan menilai Sentosa dari sudut yang berbeza.

Mesti Dikunjungi

  • Butterfly Park & Insect Kingdom
  • Cable Car
  • Images of Singapore
  • Sentosa 4D Magix
  • Sentosa CineBlast
  • Sentosa Luge & Skyride
  • Tiger Sky Tower
  • The Merlion

» Tarikan Tarikan Lain Sekitar Sentosa

Songs of the SeaNaiki Sentosa Express atau salah satu daripada bas Sentosa kami dan lihat tarikan-tarikan menarik kami, seperti Songs of the Sea , satu-satunya jenis hiburan yang tidak harus dilepaskan.

Mesti Dikunjungi

  • Songs of the Sea
  • Fort Siloso Tours
  • Dolphin Lagoon
  • Underwater World

» Pantai

Animal & Bird EncountersBawalah keluarga anda ke Palawan Beach, pantai yang paling ceria untuk seisi keluarga bemesra, siap dengan pelbagai kemudahan direka khas untuk keggunaan keluarga, restoran-restoran yang tersedia dan bermacam-macam jenis unsur hiburan. Di sini juga terdapat sebatang jambatan tergantung yang akan membawa para pengunjung ke sebuah pulau kecil iaitu, Titik Paling Selatan di Benua Asia.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan pertunjukkan Animal & Bird Encounters, atau Sesi Bersama Haiwan-Haiwan dan Burung di pawagam terbuka Palawan (Palawan Amphitheatre). Lihat pelbagai ragam aksi haiwan-haiwan di sini seperti monyet, reptilia dan burung kakak tua di dalam pertunjukkan yang diadakan setiap hari ini.

Harga tiket masuk Masuk Percuma

» Hotels dan Spa

Rasa Sentosa Resort Anda merancang untuk menghabiskan lebih daripada sehari di pulau peranginan ini? Di sini terdapat pelbagai tempat penginapan yang akan memenuhi segala keperluan dan keinginan anda, bermula dari rumah peranginan hingga ke pusat peranginan mewah bertaraf 5 bintang.

Hotel dan Spa

  • Costa Sands Resort Sentosa
  • Rasa Sentosa Resort
  • The Sentosa Resort & Spa
  • Treasure Resort

» Acara Acara Menarik

Sentosa FlowersAnda pasti tidak mahu terlepas peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik serta melihat beraneka jenis panca-ragam pengunjung-pengunjung di Sentosa!

Acara-Acara Yang Mesti Dikunjungi

  • Sentosa Flowers
  • Jazz by the Beach