Pergi dan menegalilingi Sentosa
Peta Rujukan
Video
Hubungi Kami
Sentosa DIY - Keluarga

» Sentosa Flowers

Tarikh 7 - 17 Februari 2008
Venue Imbiah Lookout
Harga tiket masuk Masuk percuma

Sentosa Flowers merupakan acara terunggul yang berjaya mendapat penghargaan sebagai acara yang paling menarik dianjurkan oleh tempat-tempat daya tarikan di Asia. Keunikan acara ini terletak kepada penghiasan bunga yang dipamerkan pada sambutan hari perayaan Tahun Baru Cina setiap tahun. Taman - taman di sini akan diwarnai dengan bermacam-macam jenis dan bentuk bunga yang dipamerkan dengan cara yang kreatif, mengikut tema festival pada tahun tersebut.

» Jazz by the Beach

Tarikh Setiap Sabtu, pada bulan April dan September 2008
Masa 6.00ptg - 10.00mlm
Venue Cool Deck, Siloso Beach
Harga tiket masuk Masuk Percuma

Bersembang sambil nikmati beraneka jenis minuman dan cemil-cemilan yang disediakan di Cool Deck, bar berkonsep terbuka di Siloso Beach. Yang lebih menarik lagi, anda akan terus dihiburkan dengan dendangan muzik berentak "jazz" dan terus dibuai angin malam dalam suasana yang menyenangkan.