Pergi dan menegalilingi Sentosa
Peta Rujukan
Video
Hubungi Kami
Sentosa DIY - Setengah Hari

Afternoon

Images of SingaporeDengan hanya qetengah hari sahaja untuk diluangkan di Sentosa, usah berlengah lagi dan terus menuju ke Imbiah Lookout, iaitu kelompokan daya tarikan terbesar di Singapura dengan gabungan 8 jenis tempat daya tarikan yang baru lagi menarik. Di Butterfly Park & Insect Kingdom, saksikan sendiri apabila lebih dari 1,500 rama-rama (melebihi 50 spesis) dan sehingga 3,000 lagi spesis serangga yang paling cantik dan sukar di temui di merata dunia, berterbangan mengelilingi anda!

Jangan terlepas untuk ke Sentosa 4D Magix, di mana anda berpeluang menyaksikan kecanggihan teknologi yang dimuatkan di dalam tayangan filem tersebut. Alami pelbagai kesan visual, kehebatan system bunyi mengelilingi setiap sudut pawagam,pergerakkan kerusi yang dikawal secara individu, dan kesan-kesan sekitaran seperti percikan air!

Tiba masanya pula untuk menikmati pemandangan segar dan menghijau dari Tiger Sky Tower , menara pemerhatian yang tertinggi di Singapura.

Sky TowerSelami sejarah Singapura di Images of Singapore - satu-satunya tempat di mana pelbagai budaya, nilai-nilai moral, aksi pengembaraan, ketabahan fizikal serta hati nurani dan harga diri, bersatu memberi satu perpaduan unik yang tidak pernah terlihat di merata tempat lain di Singapura.

Berlumba dengan menaiki "luge" yang pertama di Asia Tenggara, hanya di Sentosa Luge & Skyride. "Luge" merupakan sejenis kenderaan gabungan "go-kart" dan "toboggan" dengan penggunaan stereng yang unik dan sistem brek yang selamat untuk penggunaan semua peringkat umur.

Bersedia untuk melalui debaran hidup anda di Sentosa CineBlast! Rasai kehebatannya ketika meluru terbang ke kawasan pergunungan tinggi atau semasa menerjun masuk ke bahagian danum yang dalam.

Selami asal usul The Merlion dalam cereka animasi yang menakjubkan, di mana anda bakal ketahui nasib anda hanya dari permukaan mulut Mercubs.

Evening

Barnacles Restaurant & BarTerdapat banyak tempat makan untuk anda menjamu selera di Sentosa. Setiap satu daripada mereka menawarkan pengalaman makan malam yang berbeza. Untuk makan tengahari, kunjungi Tastes of Singapore dan menikmati beraneka jenis juadah tempatan seperti Laksa Udang Galah masakan ala Nyonya, Sate Jumbo dan banyak lagi! Atau kunjungi Koufu Food Court terbaru kami untuk pengalaman makan malam yang berbeza!

Untuk suasana makan malam di tepi pantai, anda harus mencuba Barnacles restaurant & Bar sambil menyaksikan pertunjukan dari kumpulan "Strolling Band". Anda juga boleh memilih untuk pergi ke Restoran Samundar - yang menghidangkan masakan India berkualiti dan bar yang turut ditempatkan di situ.

Songs of the SeaUntuk persekitaran makan malam yang indah, kunjungi Restoran IL Lido & Bar atau The Cliff. Kedua-dua tempat ini menyajikan makanan laut yang dipanggang enak dan menawarkan pemandangan indah Laut Selatan Cina.

Sebelum anda menamatkan hari anda di Sentosa, jangan terlepas untuk menyaksikan pertunjukan Songs of the Sea atau Irama-Irama Lautan - ekstravaganza yang terbaru di Sentosa pada jam 8.40 malam! Satu pertunjukan hebat bernilai jutaan dolar, yang pasti akan mengkagumkan anda dengan telatah watak-watak barisan pelakonnya yang lucu, digabungkan dengan pertunjukan bunga api, pancutan air, pancaran laser, imej-imej canggih, muzik yang mengasyikkan serta dentuman api yang menggemparkan.