Pergi dan menegalilingi Sentosa
Peta Rujukan
Video
Hubungi Kami
Sentosa DIY - Sepanjang Hari

Morning / Afternoon

Butterfly Park & Insect Kingdom Mulai pengalaman anda di Sentosa pada awal pagi, ketika matahari memancar terang di Imbiah Lookout, yang merupakan kelompokan daya tarikan terbesar di Singapura dengan gabungan 8 jenis tempat daya tarikan yang baru lagi menarik. Tiba dengan gaya yang berbeza dengan menaiki Cable Car, iaitu sejenis pengangkutan yang menggunakan kuasa elektrik kabel setinggi 90 meter dari paras permukaan laut dan hutan-hutan tropika sambil berpeluang menikmati pemandangan indah Sentosa dan juga Singapura.

Semasa di Butterfly Park & Insect Kingdom, saksikan sendiri apabila lebih dari 1,500 rama-rama (melebihi 50 spesis) dan sehingga 3,000 lagi spesis serangga yang paling cantik dan sukar di temui di merata dunia, berterbangan mengelilingi anda!

Selepas itu, anda harus menuju ke Sentosa 4D Magix, di mana anda berpeluang menyaksikan kecanggihan teknologi yang dimuatkan di dalam tayangan filem tersebut. Alami pelbagai kesan visual, kehebatan system bunyi mengelilingi setiap sudut pawagam,pergerakkan kerusi yang dikawal secara individu, dan kesan-kesan sekitaran seperti percikan air!

Tiba masanya pula untuk menikmati pemandangan segar dan menghijau dari Tiger Sky Tower, menara pemerhatian yang tertinggi di Singapura.

The MerlionUntuk makan tengahari, kunjungi Tastes of Singapore dan menikmati beraneka jenis juadah tempatan seperti Laksa Udang Galah masakan ala Nyonya, Sate Jumbo dan banyak lagi! Atau anda juga boleh memilih untuk ke Coffee Bean & Tea Leaf atau Subway untuk mengisi perut anda yang kelaparan!

Selami sejarah Singapura di Images of Singapore - satu-satunya tempat di mana pelbagai budaya, nilai-nilai moral, aksi pengembaraan, ketabahan fizikal serta hati nurani dan harga diri, bersatu memberi satu perpaduan unik yang tidak pernah terlihat di merata tempat lain di Singapura.

Berlumba dengan menaiki "luge" yang pertama di Asia Tenggara, hanya di Sentosa Luge & Skyride. "Luge" merupakan sejenis kenderaan gabungan "go-kart" dan "toboggan" dengan penggunaan stereng yang unik dan sistem brek yang selamat untuk penggunaan semua peringkat umur.

Bersedia untuk melalui debaran hidup anda di Sentosa CineBlast! Rasai kehebatannya ketika meluru terbang ke kawasan pergunungan tinggi atau semasa menerjun masuk ke bahagian danum yang dalam.

Selami asal usul The Merlion dalam cereka animasi yang menakjubkan, di mana anda bakal ketahui nasib anda hanya dari permukaan mulut Mercubs.

Afternoon

Animal & Bird EncountersTerasa letih dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang disediakan? Kenapa tidak sahaja bersantai di tepi pantai! Jika anda sedang bercuti bersama anak-anak anda, bawalah mereka ke Palawan Beach, pantai yang paling ceria untuk seisi keluarga bemesra, siap dengan pelbagai kemudahan direka khas untuk keggunaan keluarga, restoran-restoran dan bermacam jenis unsur hiburan seperti Sesi Bersama Haiwan-haiwan dan Burung (Animal & Bird Encounters) di Pawagam Terbuka Palawan (Palawan Amphitheatre).

Siloso Beach pastinya tempat yang ideal jika anda menggemari aktiviti-aktiviti luar seperti sukan kanu, permainan bola tampar di tepian pantai, melungsuri ombak laut atau bermain sepatu roda. Anda boleh juga menikmati minuman "cocktail" berais di tepi pantai, di mana pun bar pilihan anda.Spa Botanica

Untuk cara bersantai yang berlainan, kunjungi Spa Botanica yang berkonsepkan taman tropika yang pertama diadakan di Singapura, menawarkan pelbagai kemudahan canggih, kolam berlumpur, kolam terapung dan mandian wap Galaxy. Terdapat juga Health Club & Spa yang mempunyai "whirlpool" , kemudahan untuk bermandi wap, tujuh bilik rawatan berasingan yang lengkap dengan kamar mandi bagi setiap bilik dan tidak terlupa juga Astaka Thai.

Untuk pengalaman yang berbeza, cubalah urutan kaki di Fish Reflexology, Underwater World. Di sini, kaki anda akan didedahkan ke dalam air yang dipenuhi dengan ikan-ikan kecil yang comel. Ikan-ikan ini akan menggigit bahagian kulit kering pada kaki anda untuk mendedahkan kulit yang halus dan sihat.

Evening

Songs of the SeaTerdapat banyak tempat makan untuk anda menjamu selera di Sentosa. Setiap satu daripada mereka menawarkan pengalaman makan malam yang berbeza. Untuk suasana makan malam di tepi pantai, anda harus mencuba Barnacles Restaurant & Bar sambil menyaksikan pertunjukan dari kumpulan "Strolling Band". Anda juga boleh memilih untuk pergi ke Restoran Samundar - yang menghidangkan masakan India berkualiti dan bar yang turut ditempatkan di situ.

Untuk persekitaran makan malam yang indah, kunjungi Restoran IL Lido & Bar atau The Cliff. Kedua-dua tempat ini menyajikan makanan laut yang dipanggang enak dan menawarkan pemandangan indah Laut Selatan Cina.

Sebelum anda menamatkan hari anda di Sentosa, jangan terlepas untuk menyaksikan pertunjukan Songs of the Sea atau Irama-Irama Lautan - ekstravaganza yang terbaru di Sentosa pada jam 8.40 malam! Satu pertunjukan hebat bernilai jutaan dolar, yang pasti akan mengkagumkan anda dengan telatah watak-watak barisan pelakonnya yang lucu, digabungkan dengan pertunjukan bunga api, pancutan air, pancaran laser, imej-imej canggih, muzik yang mengasyikkan serta dentuman api yang menggemparkan.